Showing posts with label My Diary... Show all posts
Showing posts with label My Diary... Show all posts

Wednesday, 17 June 2015

Mercy Cheff

Setelah sekian lama mendiamkan diri, terpanggil pulak untuk share aktiviti-aktiviti yang sentiasa membawa kepada kesibukan diri. Sibuk menjaga perniagaan dan menjaga keluarga.

Tidak mudah menjadi seorang usahawan yang pada masa yang sama tidak mahu mengabaikan tanggung jawab kepada suami dan anak-anak yang sedang membesar. Waktu-waktu yang terluang perlu dimanafaatkan sebaik yang mungkin.

Beberapa minggu yang lepas telah meluangkan 3/4 hari dengan anak dara untuk menyertai sessi memasak untuk kanak-kanak. Seronok tengok dia seronok. Program ini dianjurkan oleh pasukan Mercy Cheff sempena Hari Ibu. Hari tu the Mothers just sit back and relax. The kids are doing the cooking. They have a blast day.

Sepatutnya maknya tunggu anak masak. tapi mak mana yang nak dok diam. asyik kedapur melihat , mengacau (dengan ertikata yang baik) dan of course mengambil sebanyak mungkin gambar ler. Apa lagi.








Semua tu si kecik yang masak.. mama dia makan ajer...



Sunday, 15 June 2014

Mari Berpuasa "Ramadhan Pesta Makanan.....Jom Ubah ke Pesta Ibadah"



Minggu hadapan ramadhan bakal menjelang. Semuga kita dapat mengerjakannya dengan sebaik mungkin. Bagi yang masih belum qada puasa tu .. cepat-cepatlah ya..

Mari kita berkongsi sedikit :-


Kuliah puasa dr sudut kesihatan. Oleh En Norhissam Mustafa, CEO IPKIM (Institut Pengurusan Kesihatan Islam Malaysia)

Tajuk : Ramadhan Pesta Makanan.....Jom Ubah ke Pesta Ibadah 

    Zaman kegemilangan Islam, puasa adlh kemuncak kekuatan. Bulan Ramadhan adalah pesta ibadah. Banyak peristiwa besar berlaku seperti perang Badar, dan berbagai lagi menunjukkan kekuatan ummat.

Kini Ramadhan dikaitkan dgn keletihan, kelemahan, mengantuk, kurangnya produktiviti dan kini ianya adalah pesta makanan. Ramadhan adalah bulan kesihatan, bulan silaturrahim, musim perubahan, masa hilang ketagihan, bulan lembut hati, bulan keluasan rezeki, bulan membaiki institusi keluarga

Mengikut kajian kesilapan besar dalam berpuasa;--


BERBUKA DENGAN 3 BIJI KURMA

1. Menghimpunkan makan malam dengan berbuka puasa adlh kesilapan. Nabi buka puasa dgn 3 biji kurma (atau makanan yg tinggi pottasium spt makanan bergula perang....bukan bergula putih) dan air kosong. Sbb buka puasa bkn utk perut tetapi utk beri tenaga kpd hypotanamos (otak dalam otak). Satu cara elakkan hidang makan malam didepan semasa berbuka. Hypotanamos yg keletihan berfungsi sepanjang hari akn tidak berfungsi dgn betul sekiranya makanan masuk dgn banyak semasa berbuka. Ianya menyebabkan masalah serius kesihatan


JANGAN ASYIK MAKSYUK DENGAN WINDOW SHOPPING



CUBA ELAKKAN MEMBELI MELAMPAU DI BAZAR RAMADHAN

2. Jangan window shopping ke bazar ramadhan. Ia akan mengganggu fungsi kawalan hypotanamos. Ianya menyebabkan kita hilang perhitungan utk terus membeli makanan yg kita tidak perlu

3. Jangan lewatkan solat maghrib.
-makanan yg dimakan menghasilkan tenaga utk diagihkan keseluruhan tubuh melalui sel. 1 kilo berat badan mempunyai 10000 trilion sel. Tenaga ini perlu ditolak oleh tenaga yg dilakukan oleh solat yg disegerakan. Allahuakbar......

4. Selepas solat maghrib, sel sudah dpt tenaga. Balik terus makan malam. Fully auto kita akan makan secara baik. Jgn lbh lima jenis makanan dlm satu hidangan. Nasi, lauk, sayur, buah dan air

5. Selepas makan malam, sangat baik kita MANDI dgn air sejuk. Jangan pakai heater. Blh pakai air batu tambah sejuk. Jangan risau mandi malam dgn paru2 berair. DONGENG. Dalilnya jika kita berhadas besar, feqah suruh segera mandi tanpa menunggu pagi. Jgn mandi mcm burung utk elak paru2 berair. Burung mandi dgn cara basahkan rambut tapi badan tidak basah.

5. Selepas mandi, sebelum pergi solat isyak minum setengah cawan air campuran 3 biji kurma, satu sudu teh madu lebah dan susu segar yg diblender.



6. Solat Isyak berjemaah. Lepas tu sembahyang terawik solat dengan perlahan dan santai. Jangan cari yg gopoh gapah.




BANYAKKAN BERTADARRUS

7. Pastikan ringan ambil moreh. Mkn lps pukul 10.30 adalah kemudaharatan yang besar. Masa ini tenaga sudah cukup penuh dalam badan. Masa tu aktiviti terbaik adlh tadarrus minima 1 helai. Masa ini tenaga akan bawa input terbaik kedalam otak dan hati. Klu masa ini diisi dgn aktiviti atau info yang lalai, maka otak dan hati akan merakam perkara yg kita isi dan blh menjadi pegangan kita seterusnya.

8. Selepas itu sebaiknya tidur sebelum pukul 12 mlm utk kerehatan. Jgn pasang lampu semasa tidur kerana pasang lampu meningkatkan kadar kolestrol 4 kali ganda.



RAJIN-RAJIN BERQIAMULLAIL


9. Slps itu bangun pkl 3 utk qiamullail. Sunat kejutkan ahli keluarga dgn renjis air sejuk dgn ujung jari. Boleh mandi. tiada masalah kesihatan.

10. Sempurnakan 13 rakaat solat. Sunat wuduk, taubat, tahajjud, hajat dan witir,

11. Slps qiam, blh tidur tetapi ringankan seperempat. Masa ni di langit ada spektro bewarna merah jambu antara 3 hgga 5 pg. Masa ini Allah anugerahkan kesembuhan kpd banyak penyakit.

12. Sahur. Sebaik2 sahur adlh seperlapanbelas dari makan malam iaitu lebihan makan malam. Lewatkan masa masak utk elak cepat basi. Lebihkan masak masa mkn malam, jgn campur garam dan simpan sikit utk sahur. Bila nk sahur panaskan dan baru campur garam

11. Selepas sahur, terus solat subuh berjemaah.

12. Jangan tidur selepas subuh krn gangguan kpd hypotanamos. Ia akan menyebabkan masalah kesihatan

13. Tidur qailullah ( 1 jam sblm zohor). 1 minit waktu ini menyamai tenaga tidur sejam waktu biasa.

Cara makan kurma....60% kebaikan berada pada selaput permukaan luar kurma. Masukkan sebiji kurma dan last sekali keluar biji. Jgn kupas di luar. Kurma terbaik ada 4 jenis.....ajwa, mabrom, sapawi, mariami

Puasa adalah detoksifikasi. Ia berlaku apabila fungsi proses makanan dalam perut berehat lebih dari  8 jam

Sblm sampai Ramadhan, berazam utk berlatih utk tingkatkan ibadah dgn latihan pra Ramadhan.



SELAMAT BERPUASA


lUV aKAK - 019 2816970

Sunday, 23 December 2012

Universal Studio Singapore - USS

Setelah puas dipujuk akhirnye akak mengalah lah jugak dengan budak-budak nie. Nak sangat pergi ke USS. So last Saturday pergilah kami ke sana... hanya akak dengan budak-budak aje sebab dia tak sihat. Ayahnye cuma drive bawak kami ke Jb. Di JB kami tidor rumah kawan di Sekudai. Sabtu tu kena bertolak awal2 sebab shuttle bas bertolak pukul 7.30 dari Tune Hotel kat Danga Bay..

Tapi hairanlah.. dia orang nie dah operate servis ke USS nie dah lama tapi masih macam kelam kabut ajer lagi.. Pukul 7.45 masih tak tahu lagi bas mana nak naik.. orang dah penuh. Apalah salahnye penuhkan satu bas lepas tu jalan. bayar tiketnye sama harga,,,... destinasinye pun sama,, so apahal nak allocate bas A ke bas B ke bas C ke or bas KO ke apa.. rasa macam bengognye...Finally 8.30 baru ler bertolak. Tup tap imegresen 12.00 yang oii baru sampai USS. rasa rugi giler 1/2 hari.. siut ko..

Akak dah beli tiket online dengan Cik Rosmizah (hp no dia 012-3949154).. Which is memang baloi and very the good service.. kalau beli online dari USS or of the counter harga SGD80.00.. tapi akak dapat RM165.00 aje dan RM128 untuk express lane unlimited ride.. Ambiklah express lane.. kalau tak mau tercabut lutut  ..


Akak suggest start your journey from hollywood to New York and so on.. Hollywood make sure tengok Live and action show dari steven speilberg.. Worth seeing..Kat sini ada Elmo, all the cartoon character from Sesame Street..

ak
bersambung ya... nak keluar jap..
ok sambung....

lepas tu standby camera action.. make sure pergi Sci Fi dan jangan lepaskan ride Transformer.. Que agak lama 1 -2 jam.. so bersabarlah ya.. melengkar2 que dia.. tapi percayalah.. worth every second.. anak2 akak naik dua kali.. 1st que, 2nd time pakai express lane.. yang kecik tu siap jerit2 lagi..tapi dia suka..
 Iqa depan bumble bee. favourite character dia...

Lps Transformer teruskan ke all the rommer coaster ride.. Cylon and Human.. Make sure tanggalkan kasut.. dan tak sesuai ler uintuk akak.. Express lane ticket please!!!
Next... naiklah ride mummy the return.. rasa agak menyesal naik. peningnye sampai hari nie.. sebab macam naik roller coaster tapi dalam gelap dan adalah unsur2 mummy kat dalam gua tu.. keluar je sekali lagi suara hilang.. kali nie lagi teruk dari transformer sebab menjerit dia memang menjerit betoi2..

The picture doesn't do me justice.. I LOOK FAT!! OR maybe dah gemuk sikit kot.. ayooo !! nie kes cuti sekolah dengan budak2 nie asyik masak dan makan jer...

Next pergilah ke Lost world.. que panjang kat jurassic park... yang lain tu ok jer..lepas tu far far away.. que tak panjang pun .. tengok wayang 4D .. sherk the movie..

Next is amdagascar.. lps tu balik ke Hollywood for street show...




So habihlah trip ke USS dan boleh balik sekarang..











 YEEEE.. sempat bergambar dengan Kungfu panda dengan Iqa and my friend..Tu Dr pakar letup tu..silap2 panda tu diletupnye.. hahahaaaa..


BYE USS..















Luv
Akak

Wednesday, 5 December 2012

My Sweat Nephew..

Last weekend balik kampung my husband.. jumpa dengan anak buah dia.. Comel giler.. tu baby shaklee tu.. sharelah gambar2 comel lote baby ni...

 Aryan dengan my girl...

Aryan tentah temenung...

Gambar paling fotogenik......



XXXX- RATED...



















Luv from
Akak

Monday, 19 November 2012

SPM today -- Add Maths !!

Hari nie next paper untuk SPM -- ADD MATHS!! ayooo.. risaunye akak.. Tanya iman bila nak hantar dia pergi sekolah.. dia complain tak boleh tidor malam tadi .. pukul 3 am baru terlena sebab minum kopi.. salah akak jugak sebab semalam lepas dinner pergi belasah buat kopi..

Bukan apa .. sebab semalam dinner cuma buat tuna sushi jadi nak hilangkan rasa tuna tu, buatlah kopi.. akak dengan  ayah dia selamba jer teguk... dia pulak menyibuk.. so akibatnye tak boleh tak boleh tido...


Mintak2 dia oklah... sebab mama dia tak boleh nak buat solat hajat hari nie (sebab ehem..) cuma buat bacaan yassin dan sentiasa mendoakan yang terbaik untuk Iman..


In Shaa Allah iman,, you can do it!! mama yakin iman boleh.....




All the best Iman!!


Luv
mama...

Saturday, 17 November 2012

Genting Highland Outing..

Percaya tak yang kali terakhir akak pergi ke Genting was 18 years ago...!!! masa tu baru berkahwin dengan my hubby.. bukan gie honeymoon just over the weekend..

So finally pergilah ke sana setelah beranak 3.. Itu pun sebab  hubby ada meeting di sana.. kalau tak mungkin tak pergi jugak.. kenapa tak pergi??? well jawapan tu sebenarnya ada pada  hubby akak. nak tahu jawapannya.... dia kata, genting tu tempat maksiat.. kalau Tuhan turunkan bencana semua terkena!!! tapi betoilah kan.. disitulah kasino yang terbesar di Msia nie.. kot-kotlah tiba2!!!!!!! MashaAllah!! nasib baik tak jadi apa2 lah lagi..

Ini permandangan dari bilik kami di Awana Genting tingkat 23.. very nice view..

Agak berkabus tapi rasa refreshing ler.. dah lama bebenor dok sedut debu .. selsema pulak jadinye.. agaknye hidung nie dah biasa udara kotor kot!! bila terkena udara segar terkejut pulok jadinye..

Baru nak lepas penat (macamlah kita yang drive).. sekecik nie bisinglah pulok.. lapor-lapor,  ishhh so turun ler pergi makan jap..

Sempat lagi minah nie berposing...
Perghhhh rasa seronok dapat makan tengok bukit.. selalu makan dok tengok buntut kereta jer, kalo tak pun tengok bangunan batu.. kali nie tengok bukit, tengok pokok... cantiknye...

Lepas makan, naik bilik.. solat dan lepak sekejap... baru rasa nak pejam mata.. dah tiga orang nie sibok badan pulok ajok gie jalan2 tepi resort makan angin ... nasib baiklah mok deme nie rajin berjalan..

so enjoylah gambor2 depa nie.....

Nielah buoh hati pengarang jantung.. tiga orang nie.. samada 3 musketeers or 3 stooges... hahaha...

 Nie baru nak start berjalan.. sempat bergambar kat taman dalam resort tu sambil tengok ikan...
The kids nampak enjoy sengat... lama dah tak tengok depa macam nie...

Elok gak untuk merapatkan hubungan depa nie.. kalau tak asyik nak bercakor jer.... macam kuching dengan anjing.. kadang2 rasa nak bagi makan nasi itik bior berbaik adik beradik...








Huh.. ni mama dia pulok yang perasan.... asyik ambik gambor bebudok tu je.. mama dia pulok ler yang nak posing...

Cehhhhhhh... rasa macam iklan country highlah pulok!!!!
















They really enjoy the day out.... seronok tengok depa main sama2.. baru nampak mesra sangat........

Thursday, 8 November 2012

Tinggal kenangan..

Once upon a time...

Dok tengah mencari2 info dalam hardisk, terjumpalah pulak gambar2 masa muda2 dulu.. gambar anak2 masa dok kat Uk.. A..lah bukan lama mana pun. 5 tahun jer. Ayah dia sambung study dan entah macam mana, dapatlah pulak offer kerja permanent kat sana. kami dok kat Leeds.

Ni gambar iqa masa winter. Sebab snow tak tebal kat Leeds, so kami terpaksa naik ke lake Destrict untuk cari snow. lake district nie kira kawasan yang tertinggi ler kat Leeds.. ( saper tengok cerita Pride & Prejudice.. ada mentioned kawasan tu)

masa nie iqa baru umur dalam 11 bulan kot... muka kecut jer sebab sejuk..



Tengah happy dok baling snow ball...
Haaaa,... kena ayah..

sakit jugak tu..












masa nie kena parking kereta tepi jalan.. snow pun tak adalah dalam mana pun...

tapi budak dua orang nie ala-ala kebal macam tak sejuk jer... mama dia kesejukan lansung tak keluar kereta dah.......








Bersama kengkawan.....
Dengarnye tahun nie akan jadi the worst winter ever.. temp mungkin akan drop sampai -18C..

Giler ... sejuk sampai ke tulang hitam nie.. rasa macam ada freezer dalam baju jer nanti........

nasib baik dok msia... nak sejuk switch on aircond...itu pun tak sejuk lagi....

Sunday, 4 November 2012

SPM here you come!!

Phuhh.. today SPM.. TODAY.. Sebagai ibu, rasanye keketaran yang melanda nie lebih dari anak yang nak ambik exam kot... tapi sebenar-benarnye ketar nie dah start 3 bulan lepas.. anak masih tenang .. tapi mak pulak yang lebih. Nak buat camne. anak sulung nak exam. SPM pulak tu.. Janganlah cakap saya over acting.... betoi..

Haaa.. nielah anak teruna yang start exam hari nie..


Cepatnye masa .. sedar tak sedar dah ambik SPM.. ingat lagi dulu dengan Big Bird dia.. but today.. SPM.

Mama sentiasa mendoakan kejayaan Iman.. Inshaallah..
Break sekejap untuk selingan nie.. pukul 11.00 dia start balik so mama akan balik mulakan solat hajat dengan yasin sebagai bantuan secara spiritual....

Best of Luck and just do your best!!!!!!!!