Larangan Memenuhi Perut Dan Kaitannya Dengan Sains
Makanan memberi manusia tenaga bukan sahaja untuk bekerja tetapi juga untuk membesar, membiak, dan melaksanakan segala proses kelangsungan hayat.
Setiap anggota yang terlibat dalam pemprosesan makanan yang dimakan oleh seseorang individu itu ialah seperti mulut, farinks, esophagus, gaster, usus kecil dan juga usus besar. Manakala organ aksesori sistem pencernaan pula ialah gigi, kelenjar, liur, pundi hempedu, dan pancreas. Setiap organ ini mempunyai tugasnya yang tersendiri dalam memastikan setiap makanan yang masuk ke dalam perut kita tidak membawa bahaya kepada perut kita khususnya.
Seseorang yang makan terlalu banyak atau mengambil makanan dalam kuantiti yang banyak boleh menimbulkan pelbagai penyakit yang memudaratkan tubuh badan, terutama pada bahagian perut. Sesungguhnya hal ini merupakan faktor kemalasan, kuat tidur dan mengabaikan ibadah bagi sesetengah individu tersebut.
Firman Allah s.w.t.dalam Al-Quran pada Surah Al-A’raf ayat 31 yang bermaksud :
“Makan dan minumlah, tetapi janganlah berlebihan, sesungguhnya Allah s.w.t. tidak suka orang yang berlebih-lebihan.”

Kesihatan Perut Menurut Perpektif Sains dan Islam
Makanan merupakan keperluan asas pada manusia ,bagaimanapun ia boleh mendatangkan kebaikan dan keburukan kepada manusia .Hadis Nabi S.a.w yang menyebut tentang penyakit yang berpunca dari perut ,kini dibuktikan dengan penemuan sains,Islam sejak dahulu mengajar manusia ke arah kebaikan melalui perantaraan Hadis dan Al-quran .Seperti yang disebut dalam firman Allah s.w.t bahawa kerosakan adalah di sebabkan tangan manusia itu sendiri . Islam mengajar manusia mengenai kebersihan dan tidak berlebihan dalam pemakanan kerana ia mengundang pelbagai penyakit . Pengetahuan sains berlandaskan Al-Quran dan sunnah mampu menarik keluar manusia dari lembah kerosakan .

Perut
Salur penghadaman manusia ,kelihatan seperti satu tiub panjang ,jika ia dibentang di atas meja ,panjangnya sehingga 20 kaki .Otot yang mengecut secara berentak , menyebabkan pergerakan peristalsis membantu memindahkan makanan sepanjang salur penghadaman sambil memecahkan saiz makanan.Rupa perut ialah seperti kantung dan ia terletak di bahagian bawah esofagus .Perut mempunyai dinding yang sungguh elastik , dengan banyak lipatan seperti alat muzik akordian ,dinamakan “rugae”.Perut mampu menampung sehingga 2 liter campuran makanan dan cecair ,Bagi mereka yang tidak mengikut Sunnah Nabi iaitu “makan apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang “ dan makan secara berlebihan ,tubuh badan akan mengubah suai organ berbentuk kantung ini untuk mengembang . Pada jangka masa panjang , bentuk fizikal organ individu tersebut akan bertambah besar untuk menampung jumlah makanan yang lebih banyak .

Bagaimana Perut Boleh membawa penyakit?
Mungkin pada segelintir masyarakat kita, hubungan manusia dengan makanan seakan “love-hate relationship”. Makanan yang membawa kenikmatan di dalam hidup, secara paradoksnya membawa kesengsaraan melalui penyakit dan memendekkan hayat seseorang . Sumber penyakit yang paling utama berasal dari makanan yang terlalu dari segi kuantiti dan jenisnya.
Nabi kita Rasulullah s.a.w., mengajar umat Islam tabiat pemakanan yang betul , dengan sabda baginda yang mafhumnya yang difahami: “kami adalah satu kaum yang tidak makan kecuali apabila lapar dan berhenti makan sebelum kenyang ”.
Jika kita mengenang kembali budaya rumah terbuka di Malaysia yang menyambut hari raya Aidil fitri selama sebulan setiap tahun ,selagi Syawal belum berakhir ,jelas mencabar kemampuan kita untuk mengamalkan saranan hadis iaitu “Makan ketika lapar , berhenti sebelum kenyang”.
Rasulullah SAW bersabda : “Tiada suatu wadah pun yang dipenuhi oleh anak-anak Adam yakni manusia, yang lebik buruk daripada perutnya . Cukuplah untuk anak Adam itu beberapa suapan saja asalkan sudah dapat menegakkan tulang rusuknya . Tetapikalaupun tidak boleh ,tidak harus makan melebihi beberapa suapan , sepertiganya untuk tempat minuman dan sepertiganya lagi untuk kejernihan jiwanya”.
Tidak menghairankan jika dibanding dengan haiwan , manusia diuji dengan pelbagai penyakit perut .Zaman dahulu , kekurangn makanan berleluasa di beberapa negara ; di zaman sekarang , lambakan makanan yang pelbagai jenis dengan harga yang murah , serta mudah diperolehi membawa masalah kesihatan baru .
Umat islam tidak digalakkan memakan secara berlebihan ,berdasarkan kepada ayat Al-Quran, maksudnya: “ Makan dan minumlah dan jangan berlebih-lebihan ” (Al-a’raf :31)

No comments:
Post a Comment