Wednesday 10 October 2012

Memori Punca Diet Gagal



Last night I went to MPH and one magazine caught me with subline "Memori Punca Diet Gagal" or in english "Memory reason your diet fail".  I never really taught of that..

So let me share with you the information reveal in the magazine

  ...." jika anda sering gagal untuk melakukan diet measkipun  telah banyak menjalani program-program diet, ini bermakna anda mempunyai masal,  pada memori anda. Menurut sebuah penyelidikan, bentuk memori dikaitkan pada hasrat seseorang melakukan sesuatu yang dikenali sebagai fungsi eksekutif.

Fungsi eksekutif pada memori tersebut meliputi kemampuan untuk menimbang pilihan memberi keutamaan, melaksanakan pekerjaan multitasking dan merencanakan masa depan. Semua fungsi tersebut juga berhubung kait dengan memori yang diperlukan seseorang untuk melaksanakan rancangan.

Memori prospektif selalu membuat seseorang menjalankan rancangan sesuai dengan perancangan. Contohnya setiap kali ditawarkan  sesuatu untuk makan, anda perlu membawa fikiran anda untuk memikir dan mengingatkan diri yang anda sedang melakukan diet.

Serangkaian kajian tersebut yang dilakukan oleh  Universiti Aberdeen menunjukkan betapa pentingnya fungsi memori prospektif untuk mengikuti resolusi makan sihat yang anda ingin amalkan.

Contohnya, ketika responden penyelidikan tersebut mencatatkan apa yang mereka makan selama tiga hari sepanjang diet pola pemakanan sihat, mereka yang mempunyai fungsi memori prospektif yang rendah mengabaikan makan sayuran dan buah serta lebih banyak mengambil makanan ringan bergula.

Mereka yang memiliki fungsi memori eksekutif yang rendah kemungkinan tidak tahan godaan selama menjalani diet dan ada ketikanya tetap mematuhi aturan diet pada hari tertentu. Penemuan baru itu juga menjelaskan mengapa beberapa orang yang kurang berpegang teguh pada penyelesaian untuk menurunkn berat badan..

Selamat Mencuba..



No comments:

Post a Comment