Muda dengan Vivix
Vivix™
adalah minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan
polifenol.Mengandungi
campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah
dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol menjadikan Vivix begitu unik.
Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang
mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.
Siapa
yang memerlukan Vivix? Ya, sesiapa sahaja (dewasa) yang mahu mendapat khasiat
polifenol semulajadi yang tinggi, demi sebuah kesihatan.
Biasanya
kami menyarankan sekiranya mengambil Vivix, tidak perlu mengambil suplemen
lain. Ya, ini kerana harganya yang agak mahal. Namun, sebenarnya Vivix boleh
diambil dengan suplemen lain, kerana ia memberi kesan sinergi bila diambil
bersama-sama. Walau bagaimanapun, Vivix sahaja sudah cukup bagus untuk
memperbaiki sel, menghapuskan radikal bebas dan memperbaiki DNA.
Jenama produk kesihatan
terkenal Shaklee memperkenalkan minuman kesihatan Vivix Botanical Beverage Mix
yang menghimpunkan semua kebaikan tumbuhan berkenaan. Malah
ia adalah produk terlaris dengan jualan sejuta botol sejak tahun pertama
diperkenalkan di Amerika Syarikat (AS) dan Kanada.Menurut Ketua Pegawai Saintis
Shaklee Corporation Amerika Syarikat, Dr Carsten R Smidt, Vivix adalah kuasa
baru menghalang proses penuaan wajah.Kandungan anggur muskat, elderberi, lobak
ungu dan polygonum cuspidatum terbukti membantu untuk melawan penyakit serta melambatkan
proses penuaan.
"Kajian yang
dijalankan membuktikan kandungan dalam tumbuh-tumbuhan terutama anggur muskat
memberi tindak balas melawan agen penuaan. "Terdapat
empat mekanisma yang membuktikan kebaikan Vivix iaitu ia mengandungi
resveratrol yang kebaikannya sama dengan 3,000 gelas arak merah. Vivix juga
terbukti 10 kali lebih bertenaga daripada resveratrol, tidak mengandungi
alkohol dan menggunakan bahan semula jadi, tanpa pewarna tiruan serta perasa
tambahan.
Vivix mendapat sijil halal
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)," katanya. Menurut Carsten, Vivix
berfungsi untuk melindungi dan memperbaiki sel DNA serta memberi kesan positif
kepada genetik sekali gus mengurangkan sel penuaan.
Katanya, Vivix kini
menjadi perhatian pengguna di seluruh dunia disebabkan kebaikan kandungan
selain melawan pelbagai jenis penyakit. Ia adalah sejenis cecair pekat berwarna
merah yang terhasil daripada kandungan anggur muskat dan tumbuh-tumbuhan lain.
sumber: Harian Metro
Apakah sebenarnya Vivix ini?
- -Memperbaiki
DNA. Setiap hari, tubuh kita mengalami kerosakan DNA (salah satunya
akibat radikal bebas) yang menyebabkan proses penuaan terjadi begitu
cepat. Vivix membantu melambatkan dan melindungi DNA sel tubuh kita dan melambatkan
proses tersebut.
- -Memperbaiki
tenaga sel. Semakin tubuh kita terdedah kepada penuaan, semakin cepat
sel tubuh kita kehilangan tenaga. Ini akan menurunkan fungsi sel. Vivix
membantu menguatkan sel tubuh.
- -Membantu
meningkatkan fungsi otak, kardiovaskular, imuniti dan sendi. Semakin
tua, semakin kita rasa sakit sana sini, ingatan pun makin pudar. Vivix
membantu mengembalikan keremajaan.
Vivix
perlu disimpan dalam peti sejuk kerana penghasilannya dari bahan semulajadi
memerlukan suhu rendah agar tahan lebih lama.
Vivix bertindak dalam 4 cara:
1. Mempertahankan sel (cell defense)
2.
Memberi tenaga kepada sel (cell energy)
3.
Memperbaiki sel (cell repair)
4.
Meningkatkan prestasi sel (cell performance)