Tuesday 27 August 2013

Kalori. Apa itu?

Ok.. Akak dok bercerita kalori ; kalori ; kalori... sebenarnye binatang apakah kalori nie.. kenapa orang-orang terutama yang berbadan gebu agak phobia bila dengar kalori nie.. teruk sangat ke kalori.. well.. mari kita mendefinasikan apa itu kalori..


hahaha!!!!  lawak jugak...

Apa itu kalori?
Kalori adalah unit untuk mengukur tenaga.

Adakah badan perlukan kalori?
Ya, badan perlukan kalori untuk menjana tenaga, tetapi jika ia diambil (dimakan) terlalu banyak dan tidak dibakar, ia akan ditukar menjadi lemak dan disimpan dalam badan, ini akan menyebabkan pertambahan berat badan dan membahayakan kesihatan.

Macam mana saya hendak kira kalori dalam makanan?
Biasanya setiap produk yang dijual ada kiraan kalorinya di bahagian “Maklumat Pemakanan” dan kiraan juga boleh dibuat dengan mendarab berat dalam “gram” nutrisi berikut dengan nombor pekali yang disenaraikan.

Karbohidrat: Didarab dengan 4 kalori setiap gram
Protein: Didarab dengan 4 setiap gram
Lemak: Didarab dengan 9 setiap gram.

Contoh: Satu hidangan Sos Cili yang mengandungi;
Karbohidrat-53g (53g X 2 = 106 Kalori)
Protein-1g (1g X 4 = 4 Kalori)
Gula (juga Karbohidrat)-16g (16g X4 = 64 Kalori)
Jadi satu tuangan Sos Cili bernilai 174 kalori!

Berapa kalori diperlukan oleh lelaki dan wanita dewasa dalam sehari?
Lelaki: 2000-2500 kalori
Wanita: 1600-2000 kalori


(mengikut berat /jantina dan umur)

Apa akan berlaku jika saya makan lebih pada itu?
Setiap 8000 kalori yang terkumpul (tidak dibakar) akan menaikkan 1kg berat badan.


Berapa yang selalunya orang dewasa makan sehari?
Makan Pagi: Nasi lemak bersambal (400 kalori) + Telor mata kerbau (21 kalori) + Teh Tarik (120 kalori) = 541 kalori
Pukul 10 pagi: Kuih karipap 3 biji (390 kalori) + Teh O (20 kalori) = 410 kalori
Makan tengahari: Nasi 3 cawan (420 kalori) + Ayam kari (250 kalori) + Dalca Sayur setengah cawan (150 kalori) + Air Tembikai (80 kalori) =   900 kalori
Minum petang: Kopi susu (120 kalori) + Popia Goreng 3 biji (390 kalori) = 510 kalori
Makan Malam: Nasi 3 cawan (420 kalori) + Ikan Tenggiri Masak Merah (142 kalori) + Kangkong goreng belacan (120 kalori) = 682 kalori
Jumlah (541 + 410 + 900 + 510 + 682) = 3043 kalori.

Apa akan berlaku jika tabiat makan kita seperti di atas berlarutan selama setahun?
Jika lelaki bakar 2500 kalori tetapi makan 3043 kalori sehari maka mereka akan simpan 543 kalori setiap hari sebagai lemak. 543 X 365 hari = 198, 195 kalori setahun disimpan. Jadi dalam setahun berat akan meningkat sebanyak 24.77kg!! (198,195 / 8000).






Hahahaa...
Love
Akak - 019-2816970


Monday 26 August 2013

Kalori in Kueh Raya

Sumber : Kevin Zahari
Penghujung-hujung raya nie.. makan saki baki kueh raya memang sedap. Masa raya dulu tak adalah makan sangat sebab banyak makanan lain lagi.. 
So sekarang semua sedap sedap belaka. Walau bagaimanapun, anda harus ingat, kuih dan biskut raya juga mengandungi kalori tertentu.
… biskut raya tidak mengenyangkan kerana penuh dengan gula-gula ringkas yang tingkatkan nafsu makan lagi …
, makanlah secara berhemah, dua tiga biskut raya mungkin sudah mencukupi, kalau kenyang dengan biskut kuih raya sahaja, makanan lain mungkin tiada tempat dalam perut.


------untuk sekeping/ seketul..

hati-hati ya.. kecik comel tapi kalorinye....kegemaran akak London Almond... adus 110kcal sebiji!!!!


love
akak - 019-2816970

Dulu dan kini

Dok cerita pasal diet.. kurus.. kira kalori... Shaklee.. yang pasti apa yang akak amalkan telah terbukti.. Sajalah nak tunjuk perubahan- perubahan nye..



Gambar nie dari mama & anak and Suami & Isteri yang sama yea... cuma tahun yang berbeza jer.. .

InshaAllah.. bersama-sama yea kita berusaha dan gigih...

love
Akak - 019-2816970

Calculate your kg vs Kcal





Semalam akak ada menceritakan dan mencadangkan bagaimana kita nak menurunkan berat badan dengan mengira kalori. Hari nie mari kita sama-sama mendalami lagi ilmu mengira kalori nie ya..

OK..

1kg = 3850 calaroies seminggu
550kcal sehari

Untuk makan kurang dari 1200 kcal seminggu mengundang penyakit..jadi kita buat combo

Diet + Exercise = 3850 kcal




dari carta diatas kita harus makan mengikut jumlah kalori yang diperlukan oleh badan untuk mempastikan kita mendapat nutresi yang diperlukan oleh badan..


Dengan lebih kurang 500 kcal sehari anda akan dapt mengumpul 3500 kcal seminggu = 1kg..

Tak susah dengan bantuan Shaklee untuk makanan pagi.. tapi kalau pagi2 dah makan nasi lemak, roti canai.. maka alamat tak tercapailah impian tu babe...


Love
Akak
whatsapp 019-2816970







Sunday 25 August 2013

Diet... Bagaimana mengira kalori

Bagaimana anda mengira kalori untuk turunkan berat badan


Langkah 1 - Kira Berat Badan sasaran - guna formula BMI


- Kira BMI terkini anda (Berat ideal antara 18 - 25; overweight 26 - 30; obese 31<)
- Kira berapa berat yang perlu dikurangkan

Contoh :-
Berat terkini - 140kg
Tinggi - 150cm

Formula BMI : kg/cm
BMI = 62.2

Memang amatlah obesenye..berat yang perlu diturunkan sehingga mencapai berat badan dengan BMI sekurang-kurangnye 25.. memandangkan nak menambahkan tinggi bila melepasi umur 20 tahun.. adalah diconsiderkan mustahil.. oleh itu yang perlu diadjustkan ialah berat badan...

Kira dulu expected weight (berat target anda)...56kg

= 140kg -56kg
= 84kg --- yg perlu dibuang

banyak tu.. 84kg..
kalau boleh tutun 1kg seminggu = 84 minggu
1 tahun = 52 minggu
so lebih kurang 1 tahun 7 bulan jugaklah..

kalau rasa 84kg tu banyak dan mustahil.. turunkan sikit2 dulu.. mungkin 20kg dulu.. lepas tu 20kg lepas tu 20kg sampai cukup 84kg..

tapi janganlah turun 20 kg lepas tu naik 21kg.. macam tu sampai bila pun tak kesudahnye...yang penting GIGIH!!!!


Langkah 2 - Senaman



Yang nie selalu kita fail...tanpa senaman anda kena makan hanya dalam 1000 kcal sahaja sehari!! mampukah? mahu terbaring, terlentang sakit perut.. silap haribulan kena gastrik tu..buat apa nak meyeksa diri.. baiklah rajin-rajinkan diri dengan senaman..untuk mencapai matlamat kita menurunkan berat badan..

Secara umumnye senaman nie ada 2

1. cardio 
Bentuk senaman yang menguji dan memperbaiki stamina apabila sesuatu perbuatan diulang banyak kali dalam tempoh-tempoh yang tertentu. eg. jogging, berjalan, skipping dan berenang















2. strength
Bentuk senaman yang menguji dan memperbaiki kekuatan otot. eg. angkat berat, push-up,













Umumnya, aku hanya bersenam 4-5 hari seminggu sahaja, di waktu pagi, dengan jadual yang berikut, tapi tak semestinya nak ikut jadual ni, terpulang kepada individu dan kelapangan anda:

isnin : Jogging (30 min non-stop, burn about 300kcal - 400kcal)
Selasa : weight lifting (dumbell) 1 jam
Rabu : REHAT
Khamis :Jogging (30 minit)
Jumaat : Weight lifting
Sabtu : Jogging (30 minit)
Ahad : REHAT

Berjogging adalah salah satu senaman cardio yang amat mujarab untuk membakar lemak di dalam badan disamping murah..anda cuma perlukan pakaian sukan yang sesuai dan kasut jogging yang baik untuk mengelakkan kecederaan..
waktu yang paling sesuai untuk melakukan cardio adalah semasa perut kosong dari karbonhidrat sekurang-kurangnye 4 - 8 jam.. waktu yang sesuai adalah diwaktu pagi..dan tempoh jogging hendaklah melebihi 20 minit. pastikan anda minum air kosong yang mencukupi.

Langkah 3 - DIET

Ramai orang tersalah anggapan bila kita sebut DIET.. DIET macam membawa makna tak makan.. selalu bila di majlis2 orang tanya.. " Eh.. Cik yah kenapa makan sikit sangat nie??? DIET KE???"" rasa macam nak @!%&* jer..

Diet membawa maksud cara pemakanan.. makan burger tiap hari pun diet gak.. tapi diet yang tak sihatlah.. Bila sebut diet , pasti tidak akan lari dengan istilah kalori (Kcal).
Kalori ni ialah suatu unit tenaga. Korang beli apa2 produk makanan, pasti ada label makanan yang tulis jumlah kalori, protein, carbs, fat, sodium, etc. Even ramai juga antara kita mesti tak tahu, yang setiap orang mempunyai had kalori yang berbeza, bergantung pada berat badan masing-masing.

Ada cara bagaimana untuk nak kira kalori yang perlu diambil mengikut berat badan.. nanti akak share di posting yang akan datang yea..

Nie akak cuma nak bagi guideline cara pemakanan yang mudah untuk diamalkan..

1. makan 5 kali sehari - Jangan skip!!!!
Breakfast
Lunch
Tea-break
Dinner
Supper (kalau boleh minum fresh milk aje / soya)
1. Breakfast - Cinch Shaklee
2. Lunch / Dinner - semangkuk nasi ; 1/4 protein; 1/4 sayur2 an. Cuba elakkan makanan yang berminyak dan berlemak .. atau berlemak.  Sumber protein yang terbaik adalah ikan..

Nie akak cuma nak bagi guideline cara pemakanan yang mudah untuk diamalkan..

3. Craving ? cuba elakkan atau kurangkan makanan ringan.. amalkan makan sedikit 'dark chocolate" untuk mengurangkan craving pada manisan.. simpan sekeping dark coklat dalam peti dan cuma makan 2 kiub sehari..

Sentiasa tengok label kalori dan cuba wujudkan diary pemakanan anada.. dengan itu anda akan tahu berapa banyak kalori yang anda makan setiap hari.. Ini memudahkan usaha anda untuk menurunkan berat badan..
4. Tingkatkan metabolism = burn calorie dengan efisyen = turun berat dengan cepat!! Tapi macam mana nak tingkatkan metabolism? Makan banyak sayuran dan buah-buahan (Vitamin B, Taurina), dan sekali sekala minum juga teh dan kopi, sebab caffeine juga mampu tingkatkan metabolism.
5. Kurangkan pengambilan gula kepada 1 .5 sudu kecil sehari.. anda boleh dapat glukos dan karbonhidrat dari sumber lain seperti buah, sayur, nasi dan roti. 
6. Minum sekurang-kurangnye 8 gelas air kosong sehari.. MESTI!!!!!!
Itulah sahaja tips2 yang akak amalkan. Semuga anda juga akan mencapai maklamat untuk turun berat badan. Tapi ingat, jangan terlalu ekstrem ok? Kalau rasa tiada perubahan tu,  cubalah muhasabah diri, tanya diri sendiri kenapa tak turun. Sebab setahu akak, nak turun berat ni tak susah asalkan kita sabar, dan terus berikan 200% komitmen dengan tips2 tadi.

GOOD LUCK

akak
whatsapp 019-2816970

Thursday 22 August 2013

kalori dan exercise

Untuk menurusnkan berat badan.. adalah amat penting untuk melakukan 3 perkara ini bagi memastikan berat badan turun dengan keadaan yang selamat dan berterusan.. mengurang berat badan dan mengekalkan kesihatan anda adalah amat UTAMA.. yang Utama KESIHATAN..

3 perkara tu....
1. Diet / makanan
2. Supplement
3. Exercise


Dibawah akak senaraikan beberapa jenis exercise berdasarkan berat badan.. dengan banyak mana kalori yang dibakar...pastikan tengok article sebelum nie mengenai kalori dalam makanan.. so tudak mudah untuk membakar sepinggan nasi goreng yang anda makan -632 kalori.. emppp sedap..dengan berapa lama exercise yang kena dibuat...


Ini disenaraikan lagi kalori dibakar ..


jadi  adalah penting untuk mengimbangkan makanan yang dimakan dengan senaman yang harus dilakukan....





Kita boleh lakukan bersama-sama...Akak dah lakukan untuk menghilangkan 16kg berat badan akak...dan another 8 kg to go...

let me help you..
we do it in a healthy way..

Love
Akak - 019-2816970
langsingladies.blogspot.com

Your Body....Toxic

Penulis : Master Saiful Nizam Rosdi

Sayangi hati Anda



Hi... Saya Adalah Hati Anda! Izinkan saya memberi tahu anda sebanyak mana saya menyayangi anda:

1. Saya menyimpan zat besi, vitamin & mineral lain untuk keperluan anda. Tanpa saya, anda tidak mempunyai kekuatan untuk hidup!
2. Saya menghasilkan hempedu bagi membantu mencernakan makanan anda. Tanpa saya, makanan akan bazir, nutrisi tidak dapat diserap oleh badan.
3. Saya menyah toksin semua bahan kimia berbahaya yang anda beri saya – termasuk alkohol, bir, wain & ubat-ubatan. Tanpa saya, “tabiat buruk” anda akan membunuh anda.
4. Saya menyimpan tenaga seperti bateri. Dengan menyimpan stok gula (karbohidrat, glukos & lemak) sehingga anda perlukannya.
Tanpa saya, paras glukosa anda boleh jatuh mendadak & boleh menyebabkan anda koma.
5. Saya menghasilkan darah untuk sistem badan anda berfungsi
Tanpa saya, badan anda tidak boleh berfungsi!
6. Saya menghasilkan protein baru untuk keperluan badan anda supaya kekal sihat & membesar. Tanpa saya anda tidak boleh membesar dengan sempurna.
7. Saya mengeluarkan racun dari udara, ekzos asap & bahan kimia yang anda bernafas. Tanpa saya anda akan keracunan akibat pencemaran!
8. Saya mencipta faktor pembekuan yang bantu memberhentikan pendarahan. Tanpa saya, pendarahan tidak dapat dihentikan.
9.Saya bantu anda melawan jangkitan terhadap kuman berbahaya. Tanpa saya, anda akan menghidapi pelbagai jenis jangkitan
Sekarang anda tahu betapa saya mengambil berat tentang anda.
Jadi, layanilah saya dengan memberi khasiat dan penjagaan yang sihat.
“Memberi hati anda khasiat dan penjagaan yang diperlukan ”
• Berasa lebih sihat dan segar.
• Menggalakan fungsi hati yang sihat.
• Memulihkan tenaga.
• Menggalakkan kulit yang sihat





Sayangilah hati anda !!!

Love
Akak - 019-2816970
langsingladies.blogspot.com

Wednesday 21 August 2013

kalori dalam makanan

Contoh kalori dalam makanan anda..






Info hasil perkongsian rakan2 siber..

ni ada cth from forum-forum lain..
Kategori:Kuih Muih1. Kasuiberkelapa parut (sekeping) = 160 kalori
2. Kuih lapis (sekeping) = 130 kalori
3. Bingka ubi (sekeping) = 220 kalori
4. Cekodok Pisang (sebiji sederhana) = 180 kalori
5. Popia goreng (satu) = 130 kalori
6. Popia basah (satu) = 95 kalori
7. Pisang goreng (sekeping) = 170 kalori
8. Kek biasa tanpa krim (sepotong) = 87 kalori
9. Karipap (sebiji) = 130 kalori
10. Sandwich sardin (sekeping) = 70 kalori
11. Bubur kacang (semangkuk) = 100 kalori

Kategori: Lauk Pauk1. Ikan kembong kari berkuah (seekor) = 85 kalori
2. Ikan tenggiri goreng bercili (sepotong) = 142 kalori
3. Ikan kembong goreng (seekor) = 140 kalori
4. Ikan senangin masam manis berkuah (sepotong) = 210 kalori
5. Daging lembu kari berkuah (2 kotak mancis) = 130 kalori
6. Ayam kari berkuah (sepotong) = 250 kalori
7. Ayam goreng (sepotong) = 255 kalori
8. Ayam tandoori (sepotong) = 220 kalori
9. Sambal udang (setengah cawan) = 70 kalori
10. Sambal sotong (setengah cawan) = 55 kalori
11. Telor goreng (sebiji) = 110 kalori
12. Taukua goreng (sekeping) = 110 kalori
13. Kacang panggang dalam tin (2 sudu makan) = 40 kalori

Kategori: Makanan Rutin
1. Nasi putih (satu setengah cawan) = 260 kalori
2. Nasi lemak bersambal (sepinggan) = 400 kalori
3. Nasi goreng bertelur (sepinggan) = 635 kalori
4. Nasi briyani berayam (sepinggan) = 880 kalori
5. Nasi minyak kosong (sepinggan) = 445 kalori
6. Nasi ayam kosong (sepinggan) = 300 kalori
7. Mee goreng kosong (sepinggan) = 660 kalori
8. Mee sup (semangkuk) = 380 kalori
9. Mee hoon goreng (sepinggan) = 550 kalori
10. Roti putih (2 keping) = 156 kalori
11. Roti canai kosong tanpa kuah (sekeping) = 200 kalori
12. Capati tanpa kuah (sekeping) = 180 kalori
13. Pau ayam (sebiji) = 203 kalori
14. Emping jagung kosong (secawan) =160 kalori

Kategori: Makanan Segera
1. Peha ayam goreng (satu) = 130 kalori
2. Nugget ayam (satu) = 60 kalori
3. Kentang lecek (satu tub kecil) = 90 kalori
4. Sayur kobis hancur (satu tub) = 75 kalori
5. Burger keju (satu) = 425 kalori
6. Kentang goreng (satu kantung kecil) = 405 kalori
7. Sate ayam (secucuk) = 35 kalori
8. Pizza berkeju (sepotong) = 240 kalori

Kategori: Buah-buahan
1. Tembikai (sepotong) = 20 kalori
2. Betik (sepotong) = 45 kalori
3. Pisang emas (2 biji) = 76 kalori
4. Durian (5 ulas) = 64 kalori
5. Limau (sebiji) = 42 kalori
6. Jambu batu (sebiji) = 110 kalori
7. Nenas (sepotong) = 59 kalori
8. Epal (sebiji) = 63 kalori
9. Ciku (sebiji) = 44 kalori
10. Mangga (sebiji) = 103 kalori



kategori minuman

minuman berkabonat 1 tin 285g - 120 kal
minuman kotak 250g - 105 kal
susu tepung penuh krim 1 sudu makan - 33 kal
susu tepungtanpa lemak 1 sudu makan - 25 kal
aiskrim 2 skop- 390 kal
susu pekat manis 1 sudu makan - 71 kal
yogurt rendah lemak 1 cawan - 90 kal
mentega 2 sudu teh - 75 kal
keju chedar 1 keping -58 kal

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Hasil pencarian XoXo..
1tbsp minyak apa jenis pun 120 kalories
1 tbsp butter 100 calories
1tbsp santan low fat 9- 15 calories
1tbsp santan biasa 30-50 calories

1/2 cup sayur  20-30 calories
1/2 cup nasi, pasta, mi, bihun, cereal 100 calories
1 keping roti  less 100
1 potato n banana less 100

100g seafood - 100 calories
100g fish - 120-150
100g chicken 130-150
100 g red meat 150

1tbsp sos2 .. 20-40
~~~ credited to XoXo ( from cari.com)
french fries - 1 small cup (90g)  290 Kcal
hot dog  - 1 whole (82g) 225 Kcal
mashed potatoes  -1 cup regular (94g)  87Kcal
Big Mac - 1    570Kcal
~~~~ credited to marisa_anuar( from cari.com)

Sangat tinggi / Very high (> 600 kcal)Nasi goreng (dengan telur, ayam dan sayur) /
Fried rice (with egg, chicken and vegetable)

Tinggi/High (401 -600 kcal)
Mi bandung/Bandung noodles 
Kueh tiau bandung/Kueh tiau bandung 
Mi kari/Curry mee
Nasi dagang/Nasi dagang 
Mi hoon bandung/Mee hoon bandung 
Nasi briyani, nasi sahaja/Nasi briyani, rice only 
Nasi minyak/Oily rice

Sederhana / Medium (101 - 400 kcal)Nasi lemak/Nasi lemak
Mi sup/Mee soup
Roti telur/Roti telur
Kueh tiau goreng/Fried kueh tiau
Roti canai/Roti canal
Capati/Capati
Mi hoon goreng/Fried mee hoon
Mi goreng/Fried mee
Nasi ayam/Chicken rice
Rawadosai/Rawadosai
Putu bambu/Putu bambu
Dosai/Dosai

Rendah / Low (0- 100 kcal)Idlii/ldlii
Putu mayam/Putu mayam


OTHER TRADITIONAL KUIH
Sangat Tinggi / Very High (>300 kcal)Mysore pak/Mysore pak
Laddu/Laddu
Papadam/Papadam

Tinggi  / High (151 - 300 kcal)Bingka ubi kayu/Bingka ubi kayu
Vadai, kacang dal kuning/Vadai, yellow lentil
Lepat pisang/Lepat pisang  Cokodok pisang/Cokodok pisang
Kuih kasturi/Kuih kasturi
Kuih talam ubi kayu/Kuih talam ubi kayu

Sederhana / Medium (51 - 150 kcal)Kuih sagu/Kuih sagu
Pisang goreng/Pisang goreng  Kuih kastard jagung/Kuih kastard jagung
Popia/Popia
Puding jagung/Puding jagung
Kuih kacang/Kuih kacang
Putu kacang/Putu kacang
Cucur badak/Cucur badak
Emping/Emping

Rendah / Low (0-50 kcal)Kerepek ubi kayu/Kerepek ubi kayu  Kuih telur labah/Kuih telur labah
Kuih bangkit sagu/Kuih bangkit sagu  Kuih bangkit/Kuih bangkit


TRADITIONAL KUIH (RICE & RICE-FLOUR BASED)
SangatTinggi / Very high (>300 kcal)Lor-mai-fan (pulut dengan kacang)/
Lor-mai-fan (glutinous rice with peanuts)

Tinggi / High (151-300 kcal)Tepung bungkus/Tepung bungkus
Bidaran/Bidaran
Kuih bom/Kuih bom
Kuih sri muka/Kuih sri muka
Bingka tepung beras/Bingka tepung beras
Pulut panggang/Pulut panggang
Kuih koci pulut putih/Kuih koci with white glutinous rice
Kuih kasui/Kuih kasui
Kuih koci pulut hitam/Kuih koci with black glutinous rice

Sederhana / Medium (51 - 150 kcal)Tapai pulut/Tapai pulut
Kuih lapis/Kuih lapis
Kuih lompang/Kuih lompang
Rempeyek/Rempeyek
Kuih bakul/Kuih bakul
Dodol/Dodol
Wajik/Wajik

Rendah / Low (0 - 50 kcal) Kuih karas/Kuih karas
Kuih buah Melaka/Kuih buah Melaka
Kuih buah rotan/Kuih buah rotan


TRADITIONAL KUIH (WHEAT FLOUR BASED)
Tinggi / High (151 - 300 kcal)Yau-car-kue/Yau-car-kue
Kuih apam balik/Kuih apam balik
DonatlDougtinut
Ham-chi-peng/Ham-chi-peng
Kuih pau kacang merah/Red bean dumpling
Kuih pau ayaml Chicken dumpling
KesarilKesarl
Kuih apam gula hanguslKuih apam gula hangus

Sederhana / Medium (51 - 150 kcal)Halwa/Halwa
Cucur udang/Cucur udang
Kuih ketayap/Kuih ketayap
Karipap/Curry puff
Kuih keria/Kuih keria
Kuih lidah kucing/Kuih lidah kucing
Kuih apam/Kuih apam

Rendah / Low(0 - 50 kcal)Karipap mini/Mini curry puff
Baulu cermai/Baulu cermai
Kuih tat nenas/Pineapple tart
Kuih bawang/Kuih bawang
Kuih kapit/Kuih kapit

Ehsan dari forum .... cari.com.my
*************************************************************************************
SHARING IS CARING..

Murtabak/mutton - 1 piece - 722 kalori
Cheese Cake - 1 slice - 400 kalori
Roti Telur & Dhal - 1 piece & 1/2 cup - 414 kalori
Laksa Kari - 1 bowl - 589 kalori
Nasi Lemak - 1 complete - 644 kalori
Mee Goreng Mamak - 1 plate - 660 kalori
Lor Mee - 1 bowl - 383 kalori
Mee Rebus - 1 plate - 556 kalori
Mee/Bihun Goreng - 1 plate - 510 kalori
Kuey Goreng Kerang - 1 plate - 743 kalori
Mee Wantan - 1 plate - 409 kalori
Laksa Penang - 1 bowl - 436 kalori
Mee sup - 1 bowl - 381 kalori
Lor Mai Fun - 1 plate - 422 kalori
Nasi Briyani Kambing - 1 plate - 587 kalori
Nasi Minyak + Rendang Daging - 1 plate - 664 kalori
Nasi Campur + 3 dish - 1 plate - 620 kalori
Century Egg Porridge - 1 bowl - 423 kalori
Nasi Ayam - 1 plate - 600 kalori
Nasi Goreng Biasa - 1 plate - 637 kalori
Nasi Claypot - 1 bowl - 898 kalori
Bah Kut Teh - 1 bowl - 348 kalori
Sotong goreng tepung - 1 small plate - 630 kalori
Sup Krim - 1 rice bowl - 375 kalori
Cheese burger with extra beef - 1 whole - 438 kalori
Fried fish cake with bun - 1 whole - 433 kalori
sundae chocolate - 1 cup - 380 kalori
Apple Pie - 1 piece - 260 kalori
Cheese & meat sauce - 1 small plate - 444 kalori
Sandwich chicken salad - 1 whole - 481 kalori
Pasembur - 1 plate - 752 kalori
Rojak Buah - 1 plate - 443 kalori
Teh tarik - 1 glass - 83 calori (if you take 4 cups a day, it will equal to 1 1/2 bowl ric

Incorporate information ini ke dalam calorie counter anda..
Amat berguna bagi yang mahu menurunkan berat badan.....


akak - 019-2816970
langsingladies.blogspot.com

Tuesday 20 August 2013

famous Quote

Di Pagi Rabu yang mulia nie menyambut syawal yang ke.14...Kadang-kadang kita terlupa dengan apa yang kita ada dan lupa untuk mengucapkan Alhamdulillah.. Bersyukur dengan apa yang kita ada dan terus berusaha unutuk hari esok yang lebih cemerlang..





Love u
Akak - 019-2816970
langsingladies.blogspoy.com

Bertambah Gebu lepas Raya.....

hari nie dah masuk 13 hari raya... masa ramadhan dah turun berkg-kg.. raya jer 13 hari.. naik berkg-kg.. Masalah yang sering dihadapi oleh kita-kita nie.. termasuk akak pun...uhuk2..

 Fungsi Lecithin

1, Dihasilkan dari kacang soya organik - GMO, setiap kapsul mengandungi 520mg lecithin soya, termasuk
    80mg kolin & 48mg inositol.
2. Membantu mengemulasi & metabolisme lemak, trigliserid dan kolesterol.
3. Membantu pelangsingan & menghalang obesiti - mempercepatkan pembakaran lemak.
4. Menghalang tekanan darah tinggi - memperbaiki tekanan darah dengan menghalang arteriosklerosis,
    mengalakkan peredaran darah.
5. kapsul 4-6 , 2 kali sehari

Fungsi Alfafa

1. Merupakan formula signature Shaklee yang mula dibangunkan oleh Dr. Shaklee pada tahun 1950an.
2. Diperbuat daripada tanaman alfafa jenis Medicago Sativa ( gred yang paling tinggi dikalangan tumbuhan
    alfafa) yang ditanam secara organik di California.
3. Mencuci hati, darah dan usus - merupakan makanan yang sangat berakali bagi membantu badan yang
    berasid kembali normal, menghilangkan toksik dalam badan serta membersihkan hati, dan kolon dan
    darah.
4. Menyingkirkan lemak dan kolestrol - mengandungi saponin, seperti span yang bertindak sebagai serat
    yang menyerap kolestrol.
5. Kapsul 5 -10 biji , 2 kali sehari ( semasa perut kosong / sebelum makan)

So no more...




call akak..../ whatsapps
019-2816970
langsingladies@gmail.com





Friday 16 August 2013

Celebrities - breakfast makan apa???

Kadang-kadang bila tengok artis orang putih nie rasa geram pulak.. tengok badan masing-masing.. cantik.. lepas beranak pun cantik lagi..
Jadi akak pun riki-rikilah.. apa depa makan untuk breakfast.. kenapa breakfast??? sebab breakfast kan the most important meal of the days...

So marilah kita share sama-sama yea..



Justin Timberlake - dia makan 2 breakfast
1. waffle dgn flax dan almond butter
2. scrambled egg
workout - lagi satu breakfast scrambled egg + protein shake












 Gwyneth Paltrow - veggie omelets and smoked wild salmon with sardines and avocado on gluten-free bread.









 Khloe Kardashian - opts for cereal in the mornings, choosing Kashi's GOLEAN with 2 percent milk and a cup of coffee.













 


Carley Rae Jepsen - same thing for breakfast every day: vanilla yogurt with granola and fruit. And if I can get my hands on some boiled eggs, I go for those, too."











 Kelly Osbourne - two egg whites with low-fat cheese or a bowl of Raisin Bran with low-fat milk.












 Brooke Burke-Charvet - shake that she swears keeps her full all day, containing coconut water, berries and protein powder. Get the recipe on her site ModernMom.com.











 Julianne Hough - she's a fan of green juices in the morning, but also enjoys grapefruit and egg white scrambles with asparagus,













 Chrissy Tiegen - two eggs over easy with turkey bacon and avocado—and she skips the coffee.












 Stacy Keibler - smoothie made of organic fruits and veggies.














 Akak ---Cinch caffe late shake.. yummy...















Need advice on weight management...
Call akak yea...

akak 019-2816970

Wednesday 14 August 2013

Kesihatan Sendi anda




Jangan lepaskan peluang.. Offer untuk bulan nie memang menepati waktu nye.. selepas selamat mengadap pelbagai juadah di hari raya ( .. masih lagi mengadap )... Rumah terbuka pun banyak lagi kan..

Sakit lutut, sakit belakang .. pun mulalah datang... Cepat Ambik 6 terus dan dapat FREE 1.. Nie untuk satu rumah nie...

Contact akak at 019-2816970 / langsingladies@gmail.com