Thursday 22 August 2013

Your Body....Toxic

Penulis : Master Saiful Nizam Rosdi

Sayangi hati Anda



Hi... Saya Adalah Hati Anda! Izinkan saya memberi tahu anda sebanyak mana saya menyayangi anda:

1. Saya menyimpan zat besi, vitamin & mineral lain untuk keperluan anda. Tanpa saya, anda tidak mempunyai kekuatan untuk hidup!
2. Saya menghasilkan hempedu bagi membantu mencernakan makanan anda. Tanpa saya, makanan akan bazir, nutrisi tidak dapat diserap oleh badan.
3. Saya menyah toksin semua bahan kimia berbahaya yang anda beri saya – termasuk alkohol, bir, wain & ubat-ubatan. Tanpa saya, “tabiat buruk” anda akan membunuh anda.
4. Saya menyimpan tenaga seperti bateri. Dengan menyimpan stok gula (karbohidrat, glukos & lemak) sehingga anda perlukannya.
Tanpa saya, paras glukosa anda boleh jatuh mendadak & boleh menyebabkan anda koma.
5. Saya menghasilkan darah untuk sistem badan anda berfungsi
Tanpa saya, badan anda tidak boleh berfungsi!
6. Saya menghasilkan protein baru untuk keperluan badan anda supaya kekal sihat & membesar. Tanpa saya anda tidak boleh membesar dengan sempurna.
7. Saya mengeluarkan racun dari udara, ekzos asap & bahan kimia yang anda bernafas. Tanpa saya anda akan keracunan akibat pencemaran!
8. Saya mencipta faktor pembekuan yang bantu memberhentikan pendarahan. Tanpa saya, pendarahan tidak dapat dihentikan.
9.Saya bantu anda melawan jangkitan terhadap kuman berbahaya. Tanpa saya, anda akan menghidapi pelbagai jenis jangkitan
Sekarang anda tahu betapa saya mengambil berat tentang anda.
Jadi, layanilah saya dengan memberi khasiat dan penjagaan yang sihat.
“Memberi hati anda khasiat dan penjagaan yang diperlukan ”
• Berasa lebih sihat dan segar.
• Menggalakan fungsi hati yang sihat.
• Memulihkan tenaga.
• Menggalakkan kulit yang sihat





Sayangilah hati anda !!!

Love
Akak - 019-2816970
langsingladies.blogspot.com

No comments:

Post a Comment