Sunday, 25 August 2013

Diet... Bagaimana mengira kalori

Bagaimana anda mengira kalori untuk turunkan berat badan


Langkah 1 - Kira Berat Badan sasaran - guna formula BMI


- Kira BMI terkini anda (Berat ideal antara 18 - 25; overweight 26 - 30; obese 31<)
- Kira berapa berat yang perlu dikurangkan

Contoh :-
Berat terkini - 140kg
Tinggi - 150cm

Formula BMI : kg/cm
BMI = 62.2

Memang amatlah obesenye..berat yang perlu diturunkan sehingga mencapai berat badan dengan BMI sekurang-kurangnye 25.. memandangkan nak menambahkan tinggi bila melepasi umur 20 tahun.. adalah diconsiderkan mustahil.. oleh itu yang perlu diadjustkan ialah berat badan...

Kira dulu expected weight (berat target anda)...56kg

= 140kg -56kg
= 84kg --- yg perlu dibuang

banyak tu.. 84kg..
kalau boleh tutun 1kg seminggu = 84 minggu
1 tahun = 52 minggu
so lebih kurang 1 tahun 7 bulan jugaklah..

kalau rasa 84kg tu banyak dan mustahil.. turunkan sikit2 dulu.. mungkin 20kg dulu.. lepas tu 20kg lepas tu 20kg sampai cukup 84kg..

tapi janganlah turun 20 kg lepas tu naik 21kg.. macam tu sampai bila pun tak kesudahnye...yang penting GIGIH!!!!


Langkah 2 - Senaman



Yang nie selalu kita fail...tanpa senaman anda kena makan hanya dalam 1000 kcal sahaja sehari!! mampukah? mahu terbaring, terlentang sakit perut.. silap haribulan kena gastrik tu..buat apa nak meyeksa diri.. baiklah rajin-rajinkan diri dengan senaman..untuk mencapai matlamat kita menurunkan berat badan..

Secara umumnye senaman nie ada 2

1. cardio 
Bentuk senaman yang menguji dan memperbaiki stamina apabila sesuatu perbuatan diulang banyak kali dalam tempoh-tempoh yang tertentu. eg. jogging, berjalan, skipping dan berenang















2. strength
Bentuk senaman yang menguji dan memperbaiki kekuatan otot. eg. angkat berat, push-up,













Umumnya, aku hanya bersenam 4-5 hari seminggu sahaja, di waktu pagi, dengan jadual yang berikut, tapi tak semestinya nak ikut jadual ni, terpulang kepada individu dan kelapangan anda:

isnin : Jogging (30 min non-stop, burn about 300kcal - 400kcal)
Selasa : weight lifting (dumbell) 1 jam
Rabu : REHAT
Khamis :Jogging (30 minit)
Jumaat : Weight lifting
Sabtu : Jogging (30 minit)
Ahad : REHAT

Berjogging adalah salah satu senaman cardio yang amat mujarab untuk membakar lemak di dalam badan disamping murah..anda cuma perlukan pakaian sukan yang sesuai dan kasut jogging yang baik untuk mengelakkan kecederaan..
waktu yang paling sesuai untuk melakukan cardio adalah semasa perut kosong dari karbonhidrat sekurang-kurangnye 4 - 8 jam.. waktu yang sesuai adalah diwaktu pagi..dan tempoh jogging hendaklah melebihi 20 minit. pastikan anda minum air kosong yang mencukupi.

Langkah 3 - DIET

Ramai orang tersalah anggapan bila kita sebut DIET.. DIET macam membawa makna tak makan.. selalu bila di majlis2 orang tanya.. " Eh.. Cik yah kenapa makan sikit sangat nie??? DIET KE???"" rasa macam nak @!%&* jer..

Diet membawa maksud cara pemakanan.. makan burger tiap hari pun diet gak.. tapi diet yang tak sihatlah.. Bila sebut diet , pasti tidak akan lari dengan istilah kalori (Kcal).
Kalori ni ialah suatu unit tenaga. Korang beli apa2 produk makanan, pasti ada label makanan yang tulis jumlah kalori, protein, carbs, fat, sodium, etc. Even ramai juga antara kita mesti tak tahu, yang setiap orang mempunyai had kalori yang berbeza, bergantung pada berat badan masing-masing.

Ada cara bagaimana untuk nak kira kalori yang perlu diambil mengikut berat badan.. nanti akak share di posting yang akan datang yea..

Nie akak cuma nak bagi guideline cara pemakanan yang mudah untuk diamalkan..

1. makan 5 kali sehari - Jangan skip!!!!
Breakfast
Lunch
Tea-break
Dinner
Supper (kalau boleh minum fresh milk aje / soya)
1. Breakfast - Cinch Shaklee
2. Lunch / Dinner - semangkuk nasi ; 1/4 protein; 1/4 sayur2 an. Cuba elakkan makanan yang berminyak dan berlemak .. atau berlemak.  Sumber protein yang terbaik adalah ikan..

Nie akak cuma nak bagi guideline cara pemakanan yang mudah untuk diamalkan..

3. Craving ? cuba elakkan atau kurangkan makanan ringan.. amalkan makan sedikit 'dark chocolate" untuk mengurangkan craving pada manisan.. simpan sekeping dark coklat dalam peti dan cuma makan 2 kiub sehari..

Sentiasa tengok label kalori dan cuba wujudkan diary pemakanan anada.. dengan itu anda akan tahu berapa banyak kalori yang anda makan setiap hari.. Ini memudahkan usaha anda untuk menurunkan berat badan..
4. Tingkatkan metabolism = burn calorie dengan efisyen = turun berat dengan cepat!! Tapi macam mana nak tingkatkan metabolism? Makan banyak sayuran dan buah-buahan (Vitamin B, Taurina), dan sekali sekala minum juga teh dan kopi, sebab caffeine juga mampu tingkatkan metabolism.
5. Kurangkan pengambilan gula kepada 1 .5 sudu kecil sehari.. anda boleh dapat glukos dan karbonhidrat dari sumber lain seperti buah, sayur, nasi dan roti. 
6. Minum sekurang-kurangnye 8 gelas air kosong sehari.. MESTI!!!!!!
Itulah sahaja tips2 yang akak amalkan. Semuga anda juga akan mencapai maklamat untuk turun berat badan. Tapi ingat, jangan terlalu ekstrem ok? Kalau rasa tiada perubahan tu,  cubalah muhasabah diri, tanya diri sendiri kenapa tak turun. Sebab setahu akak, nak turun berat ni tak susah asalkan kita sabar, dan terus berikan 200% komitmen dengan tips2 tadi.

GOOD LUCK

akak
whatsapp 019-2816970

No comments:

Post a Comment