Sunday, 12 August 2012

Low cost budget for slimming

I have spent thousands in slimming center without losing any weight. It just Maintain my weight. I have shared with you earlier my diet program how i lose my weight which has gone down another 2.5kg. So total weight lose from 1st day of Ramadhan until today is 6.5kg. not bad at all.

There is also a cheaper and less product taken to lose those extra kilos.








LECITHIN

Kepentingan Lecithin :
Asasnya, lecithin berfungsi sebagai 'pemecah lemak' (fat emulsifier). Lecithin didapati daripada tisu haiwan dan tumbuh-tumbuhan seperti jagung, telur dan kacang soya.

Kandungan Lecithin :

  • Asid Linoleik (essential fatty acid) – amat diperlukan oleh badan. Tapi badan kita tidak boleh menghasilkannya, jadi ia perlu diambil melalui diet harian .
  • Kolin – satu komponen neurotransmitter.
  • Asetikolina – bekal biokimia untuk penghantaran mesej di dalam otak & sistem saraf.
  • Inositol – sebagai komponen utama membran / selaput sel dalam tisu di seluruh badan.
Kegunaan Lecithin :

PALING UTAMA
  • Untuk proses metabolisma, kolesterol, triglycerides dan lemak darah (blood lipids).
  • Memecah serta mencairkan lemak terutama kolestrol.
  • Menurunkan total serum cholesterol dan meningkatkan kolesterol baik (HDL).
  • Membantu kawal paras triglycerides.
  • Membantu memecahkan lemak badan dan mengurangkan lemak yang tersendat di pembuluhan-pembuluhan darah.
  • Mengurangkan kesan buruk yang wujud dari masalah kolesterol.
PENTING UNTUK FUNGSI OTAK
  • Acethylcholine penting untuk fungsi otak - berfikir, ingatan, konsentrasi, menentukan kita berdiri, berlari, makan, bercakap, tidur, penghadaman dsb.
  • Acethylcholine merupakan sejenis neurotransmitter yang terlibat dalam penerimaan, penyimpanan dan penghantaran maklumat yang betul ke otak. Jika bekalannya cukup, maka fungsi-fungsi ini dapat dilakukan. Jika tidak fungsi itu akan tergugat. Acethylcholine dihasikan dari cholin. Cholin mudah diperolehi dari lecithin.
  • Lecithin meningkatkan bekalan cholin dan acethylcholine – kerana 30% otak adalah terdiri daripada lecithin, manakala 70% lemak di hati (liver) adalah lecitin.
UNTUK KAUM TUA
  • Lecithin amat diperlukan bagi mereka yang uzur oleh sebab angin, stroke (angin ahmar) dan sakit-sakit yang biasa dialami oleh kaum tua.
  • Mengurangkan berlakunya masalah pembuluhan tersendat yang menjadi punca darah tinggi, sengal sendi, sejuk kaki dsb.
UNTUK PENGHADAMAN
  • Lecithin diperlukan untuk menghasilkan bahan kimia yang dipanggil bile daripada kolesterol. Bile amat penting untuk proses penghadaman
UNTUK SEL
  • Lecithin penting untuk mengangkut, menghantar bahan-bahan lemak dari makanan ke sel-sel.
  • Choline & lecithin menguatkan selaput sel-sel neuron dan semua sel-sel tubuh badan kita
UNTUK KESIHATAN KARDIOVASCULAR (SISTEM JANTUNG)
  • Fungsi utama lecithin adalah sebagai “Fat Emulsifier “ ia amat penting untuk perlindungan sistem jantung.
Kepada mereka yang nak kuruskan badan, atau kepada mereka yang banyak menggunakan otak (student contohnya), amatlah digalakkan mengambil Lecithin ni sebagai makanan tambahan. Lecithin juga selamat diambil oleh ibu-ibu yang menyusukan anak... ;)


HERBLAX

  • Sistem penghadaman yang baik adalah asas kepada tubuh yang sihat. Semasa proses pembersihan badan, bahan buangan akan disalurkan kepada 5 organ perkumuhan yang utama untuk dikumuhkan iaitu kulit, buah pinggang, kolon, paru-paru dan hati.
  • Jika kita berusaha untuk membersihkan badan kita tetapi membiarkan sisa buangan terkumpul dengan banyak di dalam organ perkumuhan tanpa memastikan ia dibuang dengan cara yang sepatutnya, sisa buangan ini pasti akan diserap semula ke dalam sel badan kita.
  • Badan yang dibebani dengan kandungan toksin akan menunjukkan simptom-simptom seperti penghadaman yang tidak sempurna, sembelit, kembung perut, kelesuan, berat badan naik, keadaan kulit yang tidak sihat, tekanan mental, tidur yang tidak lena, ruam kulit, sakit tekak, daya tumpuan lemah, sakit kepala, mulut berbau, tahap glukos darah yang tidak seimbang, mukus berlebihan dan badan berbau.
  • Kenapa kene detoks/mencuci usus penting sebelum mula mengambil suplemen? Detox adalah proses membersihkan usus di mana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus kita bersih, barulah badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap optimum.
  • Juga membantu mengurangkan risiko kanser kolorektum yang merupakan kanser utama menyerang kaum lelaki, ketiga kepada kaum wanita dan kedua kepada rakyat Malaysia. Kanser ini amat berbahaya dan tidak boleh dipandang remeh terutama kepada kaum Cina sebagai penghidap tertinggi, kaum Melayu yang kedua dan ketiga kaum India.

 Bagaimana untuk membuang toksin dalam badan?? Cubalah Herb-Lax Shaklee ...
ALFAFA

ALFALFA: Merupakan sumber mikronutrient paling kaya- membuat sistem badan berjalan lebih lancar dan membantu melawaskan usus, mengurangkan sembab, kelesuan dan masalah pencernaan.

Alfalfa merupakan raja segala tumbuhan dan raja segala herba. Nama saintifiknya ialah "Medicago Sativa". Ia mempunyai sitem akar yang panjang, iaitu sedalam 20 - 30 kaki ke dalam tanah. Selain kaya dengan klorofil, ia juga merupakan makanan paling lengkap kerana mempunyai 15 mineral, 10 vitamin, 8 enzim dan juga fiber. Ia juga kaya dengan mikronutrien yang membantu sistem badan berjalan lancar.

1. Terkenal untuk merawat 3 A :
  • Arthritis
  • Asthma
  • Allergy
2. Berkhasiat untuk membantu masalah :
  • Penyakit Usus (Colon disorder)
  • Buah pinggang
  • Kencing manis
  • Melawaskan usus
  • Ulcer
  • Fluid retention (sembab)
  • Kurang selera 
3. Mengandungi 8 enzim yang boleh membantu masalah :
  • Penghadaman
  • Pencernaan
4. Terkaya dengan klorofil yang dapat membantu masalah :
  • Gastrik
  • Penyakit kulit (Eczema)
  • Kurang darah (Anemia)
  • Sembelit
  • Badan, nafas dan kaki berbau
5. Merawat masalah keputihan pada wanita. Sifatnya yang mengandungi phytoestrogens juga menyebabkan ia mempunyai fungsi seperti Kacip Fatimah, maka ia  membantu dalam "hubungan" suami isteri (enhance libido). Malah, ada juga yang mengaitkannya dengan membantu pembesaran payudara.
Memang sangat bagus diambil oleh wanita & para isteri.

Dengan Combo ni harap-harap Syawal menjelma nanti tak adalah berat badan bertambah balik yea...

No comments:

Post a Comment