Monday, 17 December 2012

Mistake during Exercise

Kenali kesalahan dalam Senaman

Sebab sekarang nie akak dah terasa rajin nak start exercise balik.. so masa jalan-jalan di MPH tadi terperasanlah majalah Rapi keluaran disember nie.. Ada artikel yang akak rasa agak menarik tentang kesalahan dalam senaman.. So akak nak share ler dengan kekawan yang mahu nak bersenam, yang rajin bersenam atau yang mungkin dah lama meninggalkan dunia senaman nie..

Artikel ni akak petik dari majalah Rapi  Bil 202 ..maka adalah diriwayatkan bahawasanye..

Antara kesalahan-kesalahan yang sering dilakukan ketika bersenam di Gimnasium :-

1. Kedudukan badan tidak betul
   Postur badan mestilah dalam keadaan neutral. Jika tidak, ia   
  akan menyebabkan tekanan pada sendi dan senaman yang dilakukan tidak sempurna.. (ya ke? habih kalau selalu berdiri bongkok, tak kanlah nak teruskan bongkok kot.. bukan ke kita kena betulkan postur badan supaya nampak lebih cantik dan sihat)

2. Melakukan gerak senaman tanpa memastikan lutut dalam keadaan bengkok
   Semasa bersenam di treadmill , kita mesti membengkokkan sedikit lutut bagi mengekalkan kedudukan   badan yang sempurna.

3. Cara pernafasan yang tidak betul
    Anda dinasihatkan supaya memberlahankan pergerakan yang sedang dilakukan. Pernafasan yang betul dapat mempertingkatkan daya tahan otot serta kadiovaskular diri.

4. Bersadar pada mesin latihan
  Semasa bersenam di atas treadmill, adalah dinasihatkan   supaya tidak memegang alat pemegang di hadapan     kerana ia akan mengakibatkan kedudukan tulang belakang tidak selari.


5. Kedudukan di tempat duduk basikal
    Apabila berkayuh pastikan lutut tu bengkokkan  sedikit masa kita kayuh kebawah bagi mengelakkan kecederaan pada lutut.

6. Tidak mempelbagaikan program senaman 
 Cepat bosan ler sekiranye tidak mempelbagaikan aktiviti ketika menjalani program senaman di gimnasium. Ini akan menyebabkan anda berhenti daripada meneruskan sesi latihan.

7. Pergerakan berulang kali dengan bebanan yang rendah 
    Sekiranya matlamat tu nak bagi otot lagi kuat, besar-besar, mantap...jadi tambahlah sikit berat dumbell tu tapi kurangkan ulangan dia..

8. Terlalu bergantung kepada pergerakan ketika mengangkat bebanan
    Masa angkat dumbell tu, kenalah bergantung pada otot. Ini adalah untuk memastikan ia berkesan dan bukannye bergantung kepada pergerakan (momentum). 
 
9. Tidak Cukup Rehat
    Kenalah rehat 48 jam sebelum nak bersenam balik. kalau nak jugak bersenam tiap-tiap hari (kategori teramat rajin nie), rancangkan senaman untuk bahagian otot yang berlainan tiap2 hari tu..so  belasahlah kau bersenam sampai gym pun tak larat tengok muka dah..

So.. ada faham semua... kalau rasa macam tak betul gak.. akak cadangkan ambik PT (personal trainer) confirm cantiknye badan lepas nie..



 Luv
Akak 





No comments:

Post a Comment